Pengenalan Fiqh

Apa maksud ilmu Fiqh?

Dari segi bahasa Fiqh bermaksud memahami/ mengetahui. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.

Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; “Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yang bersifat ‘amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci”.


Apakah tujuan mempelajari ilmu Fiqh?

Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenai setiap tingkah laku manusia dan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.

Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun orang biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.  Adapun orang biasa, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian bertepatan dengan garis panduan yang ditetapkan Syara’.  Oleh sebab itu, ilmu ini perlu di ajar, dibimbing, di asuh sejak mereka masih kanak-kanak lagi.  Terutama sewaktu mereka masuk alam persekolahan.  Maka menjadi tanggungjawab guru untuk menyampaikan dan membimbing.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s